Kata
Ganti Nama Diri Pertama
Kata Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku
|
digunakan apabila bercakap
dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
|
saya
|
digunakan apabila bercakap
dengan seseorang yang baru dikenal
atau dalam suasana rasmi
|
hamba
|
digunakan pada diri sendiri
pada zaman dahulu
|
patik
|
digunakan oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja atau sultan
|
beta
|
digunakan oleh raja atau sultan
apabila bertitah kepada rakyat
|
kami
|
digunakan kepada diri orang
yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
kita
|
digunakan kepada diri sendiri
dan menyertakan diri orang kedua
|
Kata
Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda
|
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
|
awak
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
engkau
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga |
tuanku
|
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
|
kalian
|
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
|
kamu
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
BAHAN POWERPOINT
PERIBAHASA
Peribahasa merupakan susunan kata yang teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna. Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun .peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
PERUMPAMAAN
Bagai aur dengan tebing
Maksudnya
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Ayat contoh
Penduduk kampung ini mengamalkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing.
Bagai bulan dipagari bintang
Maksudnya
kecantikan gadis yang tiada tolak bandingannya
Ayat contoh
Kecantikan anak gadis Mak Yam bagai bulan dipagari bintang.
Bagai bunyi cempedak jatuh
Maksudnya
bunyi jatuh yang kuat
Ayat contoh
Azril terjatuh dari pokok itu bagai bunyi cempedak jatuh.
Bagai dihiris dengan sembilu
Maksudnya
perasaan yang sangat pedih
Ayat contoh
Hatinya bagai dihiris dengan sembilu apabila dituduh mencuri wang itu.
Bagai duri dalam daging
Maksudnya
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Ayat contoh
Perbuatan meniru dalam kalangan pelajar bagai duri dalam daging
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksudnya
hanya mementingkan diri sendiri
Ayat contoh
Perdana Menteri menasihati rakyat agar tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Bagai kacang lupakan kulit
Maksudnya
orang yang tidak tahu mengenang budi
Ayat contoh
Apabila sudah senang, Zamri mula bersikap bagai kacang lupakan kulit.
Bagai kuku dengan isi:
Maksudnya
sangat karib
Ayat contoh
Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi.
Bagai kumbang putus tali
Maksudnya
amat cepat;terlepas daripada sengsara
Ayat contoh
Peragut itu melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar oleh polis.
Bagai melepaskan batuk di tangga
Maksudnya
membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai
Ayat contoh
Janganlah kamu buat kerja ini bagai melepaskan batuk di tangga saja.
Bagai menatang minyak yang penuh
Maksudnya
mendidik anak dengan penuh kasih sayang
Ayat contoh
Puan Mei Ling mendidik anaknya bagai menatang minyak yang penuh.
Bagai murai tercabut ekor
Maksudnya
seseorang yang becok mulutnya
Ayat contoh
Mulut Mak Senah bagai murai tercabut ekor apabila memarahi anak-anaknya.
Bagai tikus membaiki labu
Maksudnya
hendak membetulkan barang yang tidak diketahui
Ayat contoh
Perbuatan Ravin bagai tikus membaiki labu apabila dia mencuba membaiki radio yang rosak itu.
Ibarat burung, mata lepas badan terikat
Maksudnya: tidak ada kemerdekaan
Ayat contoh:
-Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.
Laksana burung diam dalam sangkar
Maksudnya: orang yang terikat hidupnya
Ayat contoh:
-Walaupun dia anak orang kaya, tetapi dirinya laksana burung diam dalam sangkar.
Laksana katak diharung ular
Maksudnya: lari bertempiaran dengan suara riuh rendah kerana ketakutan
Ayat contoh:
-Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang yang tidak siuman.
Laksana pohon kayu tidak berbuah
Maksudnya: ilmu yang tidak diamalkan
Ayat contoh:
-Lelaki itu laksana pohon kayu tidak berbuah kerana tidak mengamalkan ilmu yang
dipelajarinya
Seperti anjing dengan kucing
Maksudnya: selalu bertegkar
Ayat contoh:
-Redzal dan Amsyar seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti bertengkar.
Seperti api dalam sekam
Maksudnya: perbuatan jahat atau demdam yang tersembunyi
Ayat contoh:
-Dia seperti api dalam sekam, niat jahatnya baru kini diketahui orang.
Seperti Belanda minta tanah
Maksudnya: diberi sedikit, lalu hendak minta banyak
Ayat contoh:
-Cukuplah dengan bahagian harta yang diberikan kepada kamu, janganlah menjadi seperti
Belanda minta tanah.
Seperti cacing kepanasan
maksudnya: selalu gelisah
-Ayat contoh:
Priya seperti cacing kepanasan kerana dia tertinggal buku latihan Matematiknya di rumah.
Seperti cincin dengan permata
Maksudnya : Jodoh yang sesuai benar
Ayat contoh :
-Pasangan pengantin itu seperti cincin dengan permata .
Seperti delima merekah
Maksudnya : Mulut dan gigi yang bagus.
Ayat contoh :
-Peragawati itu sungguh cantik , Mulutnya seperti delima merekah .
Seperti embun dihujung rumput .
Maksudnya : Kasih sayang yang lekas hilang .
Ayat contoh :
-Kasih sayang Azhan kepada isterinya seperti embun dihujung rumput apabila dia
meninggalkan isterinya lalu mengahwini gadis lain .
Seperti gergaji dua mata
Maksudnya : Mencari keuntungan dari kedua-dua belah pihak.
Ayat contoh :
- Dia cepat menjadi kaya kerana bersikap seperti gergaji dua mata .
Seperti hujan jatuh ke pasir
Maksudnya: nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia
Ayat contoh:
-Nasihat yang saya berikan kepada Linggam itu seperti hujan jatuh ke pasir saja kerana dia
tidak ambil peduli langsung.
Seperti kaca terhempas ke batu
Maksudnya: hati yang hancur kerana amat dukacita
Ayat contoh:
-Hati ibu tua itu seperti kaca terhempas ke batu apabila anak-anaknya tidak mengandahkannya
lagi.
Seperti kera mandapat bunga
Maksudnya: seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Ayat contoh:
-Tini bersikap seperti kera mendapat bunga kerana langsung tidak menghargai hadiah yang
diberikan oleh kawan-kawannya.
Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksudnya: orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang lain
Ayat contoh:
-Kamu harus tegas, janganlah jadi seperti kerbau dicucuk hidung.
Seperti langit dengan bumi
Maksudnya: banyak sekali bezanya
-Ayat contoh:
Walaupun Irdini dan Irniza adik-beradik, tetapi kelakuan mereka seperti langit dengan bumi.
Seperti lipas kudung
Maksudnya: selalu bergerak dengan cepat;selalu sibuk berkerja
-Ayat contoh:
Gadis itu bekerja seperti lipas kudung
Seperti pahat dengan penukul
Maksudnya: saling membantu
Ayat contoh:
-Penduduk kampung itu bekerja seperti pahat dengan penukul untuk membersihkan kawasan kampung.
Seperti tikus jatuh di beras
maksudnya: suka dan senang sekali
Ayat contoh:
-Kehidupan Najwa seperti tikus jatuh di beras apabila berkahwin dengan anak orang kaya itu.
No comments:
Post a Comment