Tuesday, 7 May 2013

TAPAK PMBELAJARAN - HURUF VOKAL

PENUTUP

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isi pembelajaran.









PENTAKSIRAN

kenal pasti perkataan yang mengandungi diftong dan vokal rangkap




                      http://www.youtube.com/watch?v=A7mRUCDpfjs

LANGKAH 2

Menulis perkataan.











LANGKAH 1

Baca kad perkataan.












RPH BM TAHUN 1


Rancangan Pengajaran Harian
(Kemahiran Menulis dan kemahiran mendengar)

Tarikh /Hari                :           2 Julai 2012 (Khamis)
Masa                          :           8.10 – 9.10 pagi
Kelas                          :           1 Kreatif
Bilangan Murid          :           25 orang
Mata Pelajaran          :           Bahasa Melayu

Tema
Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk
Mari Bersihkan Diri

FOKUS UTAMA
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
FOKUS SAMPINGAN
STANDARD KANDUNGAN
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, diftang dan konsonan bergantung dengan betul dan tepat.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
  1. Menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding dengan betul dan tulisan yang kemas.
  2. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding dengan betul dan tepat.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : pendidikan kesihatan
KBT : kemahiran berfikir; menghubungkait
Nilai Murni : menghargai, rajin
SISTEM BAHASA
Kosa kata : harum, cergas
MEDIA
Kad perkataan, laptop, LCD, gambar dalam bentuk TMK dan lembaran kerja.


LANGKAH
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Set induksi (gambar)
  1. Guru akan ditunjukkan dengan satu gambar yang   menunjukkan situasi menjaga kebersihan diri pada slaid.
  2. Guru akan bersoal jawab dengan murid


KBT
KP : 
verbal-linguistik
Ilmu : pendidikan kesihatan

Lampiran 1
Langkah 1 (audio)
1.      Murid akan ditunjukkan dengan kad-kad perkataan berdasarkan objek yang dilihat pada gambar dalam set induksi.
·              Paip
·              Kain
·              Tuala
·              Seluar
·              Air
·              buih
2.      Suku kata yang ada pada kad akan diwarna dengan warna merah untuk suku kata yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
3.      Guru akan menerangkan perkataan-perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
4.      Murid akan memperhatikan guru mengeja setiap   perkataan yang ada pada kad
KBT

media :
kad perkataan
Lampiran 2
Langkah 2 (words)

1.      murid-murid akan menyebut semula perkataan yang disebutkan oleh guru apabila guru menunjukkan perkataan yang ada pada kad di hadapan kelas.
2.      Murid-murid diminta untuk menulis perkataan-perkataan yang mengandungi diftong dan vokal rangkap itu bersama-sama di dalam kelas.
3.      Beberapa orang murid akan dipilih untuk menyebut dan mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
4.      Murid akan dibimbing dalam menyebut dan mengeja setiap perkataan yang ditunjukkan sehingga lancar dan sebutan dan ejaan yang betul.
KBT
KB :
menjana idea
kemahiran bertutur
Nilai :
 berani
bekerjasama

BBM :
kad-kad perkataan
Langkah 3 (pdf)

1.      Murid akan bermain permainan bahasa.
2.      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
3.      Guru memberi penerangan tentang permainan bahasa (mencari perkataan tersembunyi).
4.      Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja.
KBT
KB : menjana idea
Nilai :
usaha
bekerjasama

BBM
lembaran kerja
Lembaran kerja 1
Langkah 4 (video)
1.      Murid diminta untuk menyebut perkataan-perkataan lain yang mengandungi diftong dan vokal rangkap.
KBT
KB
Menjana idea
Nilai :
Berani
Usaha
Pentaksiran
1.      Guru mengedarkan lembaran kerja.
Lembaran kerja 2
Pemulihan
1.      Murid memadankan perkataan dengan gambar yang betul.
Lembaran kerja 3
Pengayaan
1.      Murid dedarkan dengan lembaran kerja.
2.      Murid melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.
Lembaran kerja 4
Penutup
1.      Guru akan menanyakan beberapa soalan mengenai apa yang telah dipelajari oleh murid pada hari tersebut.
2.      2.    Murid akan bersoal jawab dengan guru mengenai pelajaran mereka pada hari tersebut.